Showing posts with label KEmBara BuKU. Show all posts
Showing posts with label KEmBara BuKU. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Jejak 25 Rasul - Abdullah B. Ahmad Mubarak



ha, buku ni best. first sebab memang kisahnye kisah yang menarik. pastu aku ske buku2 nie sebab der banyak jilid. handy. tak der la berat aku nak pegang dan senang nak dibawa kemana2. boleh pilih jilid mana nak baca. nak wat rujukan pun senang. dulu masa aku masih budak sekolah, aku sll dengar kisah nabi2 ni dari mak ngan abah. ataupun time kat sek agama. time tgh boring2 dan time dah tepu belajar tu mesti ada jer permintaan yang suh ustaz or ustazah citer kisah2 nabi atau kisah2 mistik... so, bila dah abis sekolah tu, dgr kisah2 camni cuma dalam ceramah jer la. sebab dah tak rajin pegang buku..



time sambung study dlu plk memang aku kurang membaca. baca nota kuliah ngan baca buku time nak exam jer. bahan bacaan sampingan pun cuma paper ngan majalah2. bila dah start keje ni kadang2 time relief or boring2 dalam kelas, nak story2 kat budak2 pun bnyk citer2 fables yang aku citer kan. fairytales la.... so, utk kurangkan citer merapu, aku carikla sumber rujukan yang ringkas dan yang senang aku nak baca. boleh la recall balik kisah2 tauladan yg dulu cg2 aku citerkan kat aku ngan kwn2 dlm kelas. so, jumper la aku ngan buku2 Jejak 25 Rasul ni.
Kisah2 kat dalam buku ni ringkas dan banyak pengajaran. kisah utama memang adalah tentang 25 rasul Allah. tapi dalam buku2 ni ada jugak diselitkan dengan kisah2 lain. contohnya cerita anak Nabi Adam Iaitu Habil dan Qabil. Pastu ada jugak kisah tentang Qarun, kisah asal usul dan Kaum Bani Israil dan macam2 kisah lain yang menarik hati.
buku2 terbitan al-hidayah publication nie memang banyak kat pasaran. memang senang nak jumper kalau g kedai buku. cuma nya kurang ilustrasi. or mebi aku jer yg sll jumper yg takder kaler and pictures.

Aku Terima Nikahnya - Hasrizal Abdul Jamil


"pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?"
tu ayat kat kulit buku tu....
ha, fikirlah sendiri.. pelik ker tak pelik.
mula2 aku tau pasal buku ni waktu tgh surf internet. rasa cam best jer. tertarik nak g tgk dan baca. pastu bile weekend jer trus g cari la.. rasa tak sabar2 nak baca sendiri. tertanya2 gak kisah chenta ker isi buku nie...
so, bila dah baca dan hadam ayat2 yang ditulis, ada lah ilmu yang aku timba dari buku ni. buku ni ditulis berdasarkan pengalaman dan perjalanan sebenar kehidupan sg penulis didalam menjalani alam perkahwinan waktu sedang mendaki tangga pengajian. memang kisah realiti abis.. memang real. dan aku rasa buku ni sesuai sangat2 untuk dibaca oleh adik2 atau kawan2 yang nak mendirikan rumah tangga ketika mereka sedang belajar. tp kalau org lain nak baca pun apa salahnyer kan. ilmu tak kenal kecil atau besar, tua atau muda. ada tips dan nasihat yang boleh difikir2kan oleh kita. cthnyer cara penyelesaian masalah yang penulis praktikkan ketika menghadapi situasi dan dugaan dalam kehidupan. sebenarnya buku ni ada siri lain jugak. tp yang aku baca cuma siri 1 ni jer.

Saturday, November 28, 2009

Salahudin Ayubi (Penakluk Jerusalem) - Abdul Latip Talib



kat kulit buku ditulis buku ni sebagai novel sejarah islam. dan memang padat dengan catatan sejarah perjalanan pelebaran empayar oleh Sultan Salahahudin Al Ayubi. dari zaman anak2 sehingga menjadi seorang Sultan yang disegani serta mencatat sejarah gemilang sebagai seorang yang menyatukan masyarakat islam. karakter Salahudin Al Ayubi adalah seorang yang beriman, tegas, berdisiplin tinggi, bijak dan seorang pemimpin yang terbuka didalam menerima pandangan daripada orang lain. waktu baca buku ni aku rasa terlalu byk sgt2 karakter positif yg ada dlm diri Salahudin. kalau nak dicatat semuanya kat sini memang berjela2. jd aku rasa akan lebih bermakna kalau sendiri baca dan sendiri nilai,. dalam buku ni ditunjukkan yang didalam hati Salahudin tiada langsung hal yang berkaitan dengan keduniaan. dia seorang yang sangat warak dan zuhud. cerita dlm buku ni fokus ttg kisah dan strategi peperangan Salahudin untuk menakluk kota jerusalem. sebelum2 ni ada banyak catatan ttg Salahudin Al Ayubi yang aku pernah baca dan dengar. yg plg sll dgr skang ni kat radio IKIM.fm la kan..
Sultan Salahudin al Ayubi berperang mengikut etika, teknik dan helah peperangan yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W. setiap peperangan yang disertai oleh Salahudin selalu berakhir dengan kemenangan. lebih hebat lagi apabila ada penaklukan yang dilakukan tanpa melibatkan pertumpahan darah. memang hebat.



jd terserlah lah, kesatria2 tentera salib tak lah sehebat mana. tentera Islam lebih unggul. tentera salib nie cuma licik dan pandai mengambil peluang didalam kekalutan. Tentera Islam lah yang mempunyai kekuatan sejati, sebab Salahudin menerapkan semangat jihad yang tinggi didalam jiwa setiap tentera nya. Kata Salahudin Al Ayubi "kita berperang ikut cara Rasulullah tetapi mereka berperang ikut cara syaitan" itulah beza moral diantara tentera Islam dan tentera salid waktu itu.



Sultan Salahudin Al Ayubi adalah pemimpin yang telah berjaya membawa tentera islam untuk menakluk kembali kota Jerusalem. Baitul Maqdis kembali kepada umat islam pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 15 Oktober 1187. Sultan Salahudin memerintahkan tentera Islam untuk memberikan layanan yang baik kepada tawanan. tidak seorang pun penduduk Kristian di kota Jerusalem yang dibunuh atau dianiayai. mereka yang ingin meninggalkan kota Jerusalem dibenarkan untuk pergi setelah membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.
Sultan Salahudin meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan telah dikebumikan di Damsyik, Syria.

Ayat Ayat Cinta - Habiburrahman El Shirazy


Kisah cinta diantara Fahri dan Aisha. Juga kisah cinta tak kesampaian oleh beberapa gadis yang ingin menjadikan Fahri sebagai milik mereka iaitu Maria, Nurul dan Nadia.
Latar belakang cerita ni adalah kehidupan student di Universiti Al Azhar Mesir.
Pertama kali baca cerita ni aku rasa seronok sebab ada beberapa kosa kata bahasa arab yang diselitkan didalam dialog perbualan watak2 dlm cerita ni. Jd secara tak langsung aku belajar la sket bahasa arab.
Kalau novel ssh sket aku nak ulas. apa2 pun kpd sesiapa yang nak baca novel ni, silakanlah.. buku ni menarik dan ada pengajaran yang boleh kita ambil.
waktu buku ni mula2 diterbitkan memang hit. dan memang best seller. ada jugak beberapa siri buku lain hasil karya habiburrahman yang boleh jadik koleksi pengumpul novel. contohnyer ketika cinta bertasbih 1&2, didalam mihrab cinta, diatas sajadah cinta dan lain2 lagi. aku pun dah tak ingat tajuk2 nyer...

MenYibak TaBir EvoluSi - Harun Yahya



Harun Yahya adalah salah seorang ilmuwan dan pemikir islam yang berasal dari Turki. Nama sebenar beliau adalah Adnan Oktar dan menggunakan nama pena Harun Yahya.
Buku ini sebenarnya adalah hadiah dari seorang sahabat yang sangat menghargai ilmu. terima kasih kepada beliau kerana aku rasa aku dapat manfaat yang sgt besar membacanya. dalam buku ni diterangkan dengan terperinci dalam bahasa mudah untuk difahami oleh orang biasa macam aku ni yang tak terrer ilmu saintifik.



buku ini membahaskan tentang teori evolusi yang diagung-agungkan oleh golongan kulit putih sejak dahulu lagi. teori ciptaan charles darwin yang mengatakan bahawa setiap peristiwa dan kehidupan didunia ini terhasil secara tidak sengaja. kalau mengikut teori evolusi ini, sebiji batu sungai, lama kelamaan akan berubah bentuk menjadi seekor ikan atau seekor kodok. dan yang paling femes skali adalah teori bahawa manusia berasal dari monyet. satu teori yang sgt2 pelik. ttp yang lebih pelik lagi adalah apabila teori ini disokong oleh bijak pandai kaum kulit putih kerana sebagai penganut teori ini mereka mengetahui bahawa teori tersebut menidakkan kewujudan Sang Pencipta.



aku memang rasa geram sangat masa baca buku nie. geram dengan kesombongan dan kebodohan orang2 kulit putih ni yang bermati2an menyokong teori evolusi ni. tapi kebenaran tak dapat ditutup selamanya. dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan kebenaran ilmu itu sendiri beserta dengan kejadian alam yang menjadi bukti kekuasaan Allah, akhirnya mereka sendiri tahu jika semakin keras mereka menyokong teori ini maka semakin terserlah lah kedangkalan ilmu mereka didalam menerima kebenaran yang nyata dan jelas.
kalau kita perhatikan didalam rancangan dokumentari yang kita tgk di tv (cthnya national geographic) pun ada disebut ttg teori evolusi ni. lebih2 lagi kalau rancangan dokumentari ttg hidupan laut atau ttg dinosour yang telah pupus. jadi, aku rasa kena berhati2 lah sket kalau kita nak percaya ilmu yang kita dapat dari tv nie. tp bagi aku tak salah kalau kita belajar banyak perkara. ambil yang elok, yang tak elok tu buang la dalam longkang.

AsmaU'l Husna for Kids (Kisah Pilihan + Manfaat Zikir Asma'ul Husna)


Masa sekolah dulu tiap2 pagi time assembly memang baca zikir asma'ul husna.
ada kawan2 yang bersungguh2 recite zikir ni. ada gak yang ala kadar.
kat sini aku nak share sket pasal buku asma'ul husna ni. tajuk depan memang for kids. tp aku ttp tertarik ngan warna kulit buku nie yang vibrant. dan bila di belek2isi dalamnya full of colourful pictures. lengkap dengan penerangan tentang manfaat zikir didalam setiap nama2 Allah. hati ni rasa tak tahan nak beli satu untk koleksi.



Nama Allah (Ar Rahman) memiliki maksud tersendiri. Allah yang maha pengasih memberikan rezeki kepada semua makhluk ciptaanNya. manusia, haiwan ataupun tumbuhan. semua makhluk mendapat rahmat dan kemakmuran dari Allah tanpa pilih kasih,... kerana itulah Allah memiliki nama yang indah iaitu Ar Rahman.. bermakna yang Maha Pengasih..
catatan : Jika kita membaca Ya Rahman sebanyak 100x setiap selesai solat fardhu, dengan izin Allah kita akan memiliki ingatan yang kuat, pengetahuan yang cemerlang dan terhindar dari hari yang keras. Wallaahu'alam.