Saturday, November 28, 2009
MenYibak TaBir EvoluSi - Harun Yahya
Harun Yahya adalah salah seorang ilmuwan dan pemikir islam yang berasal dari Turki. Nama sebenar beliau adalah Adnan Oktar dan menggunakan nama pena Harun Yahya.
Buku ini sebenarnya adalah hadiah dari seorang sahabat yang sangat menghargai ilmu. terima kasih kepada beliau kerana aku rasa aku dapat manfaat yang sgt besar membacanya. dalam buku ni diterangkan dengan terperinci dalam bahasa mudah untuk difahami oleh orang biasa macam aku ni yang tak terrer ilmu saintifik.
buku ini membahaskan tentang teori evolusi yang diagung-agungkan oleh golongan kulit putih sejak dahulu lagi. teori ciptaan charles darwin yang mengatakan bahawa setiap peristiwa dan kehidupan didunia ini terhasil secara tidak sengaja. kalau mengikut teori evolusi ini, sebiji batu sungai, lama kelamaan akan berubah bentuk menjadi seekor ikan atau seekor kodok. dan yang paling femes skali adalah teori bahawa manusia berasal dari monyet. satu teori yang sgt2 pelik. ttp yang lebih pelik lagi adalah apabila teori ini disokong oleh bijak pandai kaum kulit putih kerana sebagai penganut teori ini mereka mengetahui bahawa teori tersebut menidakkan kewujudan Sang Pencipta.
aku memang rasa geram sangat masa baca buku nie. geram dengan kesombongan dan kebodohan orang2 kulit putih ni yang bermati2an menyokong teori evolusi ni. tapi kebenaran tak dapat ditutup selamanya. dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan kebenaran ilmu itu sendiri beserta dengan kejadian alam yang menjadi bukti kekuasaan Allah, akhirnya mereka sendiri tahu jika semakin keras mereka menyokong teori ini maka semakin terserlah lah kedangkalan ilmu mereka didalam menerima kebenaran yang nyata dan jelas.
kalau kita perhatikan didalam rancangan dokumentari yang kita tgk di tv (cthnya national geographic) pun ada disebut ttg teori evolusi ni. lebih2 lagi kalau rancangan dokumentari ttg hidupan laut atau ttg dinosour yang telah pupus. jadi, aku rasa kena berhati2 lah sket kalau kita nak percaya ilmu yang kita dapat dari tv nie. tp bagi aku tak salah kalau kita belajar banyak perkara. ambil yang elok, yang tak elok tu buang la dalam longkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment