Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

iftar ramadhan

menu utk berbuka puasa... sotong goreng tepung, udang goreng tepung, ikan tiga rasa, kangkung ikan masin, tom yam, sambal sotong, air tembikai dan air laici.. sodap..
mak suka berposing.. anak wat tak tau jer..

cik abang dan pak teh. muka gembira jer. tgh tahan lapar tu.. dah terliur nampak air tembikai kan.. hehehehe...
asyraf tgh layan perasaan. org sibuk nak berbuka dia sibuk main cawan dgn mangkuk. alahai anak... anak....
hari sabtu lepas, kami sekeluarga berjalan2 sakan di seremban. dari pasaraya ke pasaraya. beramai2.. cik abang jadi kepala keretapi. penatnyer meronda.. macam nak tercabut kaki....  tak bawak stroller anak plak tu.. lenguh jugak la nak mendukung si kecik tu.. tapi nak wat camana... aku lah ibu mithali.. dari parkson ke jusco. dah boring duduk kat pasaraya, kami pun keluar utk carik tempat berbuka plak.. apa yer nama tempat tu.. aku tak confirm sangat. sebab masa dlm perjalanan tu sempat terlelap. sedar2 dah sampai and cik abang tgh wat reservation dengan pakcik and pakteh. rasaya nama tempat tu man tom yam kut.. sementara tunggu waktu berbuka tu kami tunggu la di masjid sambil tunaikan solat asar. asyraf bukan main suka dapt duduk kat masjid tu. semua dia nak explore. cuit itu cuit ini pegang itu pegang ini.. siap tarik besi selak grill masjid tu. sib baik tak terjatuh kat atas kepala dia. masyaAllah.. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi anakku. satu pengajaran jugak utk aku tu. tak boleh leka waktu anak sibuk main. budak kecik dlm umur2 macam tu memang kena selalu diperhatikan. tak boleh leka. jadi, lepas ni berhati2 lah ya wahai diri sendiri..

Tuesday, December 29, 2009

PeNang Lagi.......


nampaknye aku la yang paling lama bertapa kat kulim kali ni. eh tak, farahin kut yang lagi lama. aku no 2 la.. hehehe.. ahad lepas, balik dari antar faiz, singgah pekena nasi kandar line clear. memula nak try hameediyah,.. tapi abah tak leh g.... abah cakap pening kepala masuk kedai tu...... hahaha... memang la bau kari kuat kalau dah g kedai nasi kandar kan... kitaorang bantai gelak kat depan kedai tu jugak. huhuhu.. kecoh tol kitaorang ni... 2nd attempt g line clear plak. kat sini okay la sebab kedai dia open. so, tak der la kedap udara sangat. sesekali jumper adik beradik ni best jugak kalau dapat wat aktiviti ramai2. makan ramai2, ha.. memang berselera. masing2 berebut2. lauk simple pun takper. di jamin abis dan takder balance. pastu kalau jenjalan kat luar, kat shopping complex ker.. cam biasa la.. pak ngah jadik kepala keretapi. yang lain2 tu follow jer. berderet2 kat belakang.. muka dah la satu paten.. hehehe...
lik petang tu cam nak tercabut kaki aku. penat berjalan ronda2 kat penang. cuma tak sempat nak g umah pn pjah jer. dah dekat tapi der jer planning time2 ari cuti... takper la.. nex time der rezeki n masa kita jumper ya pn pjah n baby batrisya..

PicniC At Sedim Waterfall.....




picnic kat sedim ari sabtu. sempat lagi wat kuak lentang, kupu2, lompat katak and semua la. walaupun rasa letih kenduri tak abis lagi tapi larat kan jugak. kalau tak, tak happening la kan.. picnic mesti ceria, picnic mesti happy,.... :)

KeNduri (Jumaat 25 Des 09)


kenduri doa selamat sempena pak ngah and family selamat berpindah ke rumah baru. Tahniah to pak ngah dan keluarga. semoga kalian sentiasa diberkati Allah, dimurahi rezeki dan bahagia selalu. InsyaAllah. kalau der rezeki next time leh kami ramai2 g kulim lagik...

Saturday, October 24, 2009

Monday, August 17, 2009

AhaD 16 Ogos 2009



emak, faiz and abah

syafura, cik ekin, mak uda, nenek, cik faiz, cik adib, alif, mak ngah,iman, atuk, dea & pak uda.

menu time picnic.. roti telur, dhal, nasi himpit and sandwich.

dinner at senibong. thank u cik faiz sebab open table...

lepak2 pas mkn. budak2 sibok main bubbles..

Tahniah Faiz


first of all.. tahniah kepada faiz. tahniah diatas segulung ijazah yang cemerlang dan bermakna itu. kejayaan kau adalah kejayaan kami juga dan kebanggaan kau juga adalah kebanggaan kami semua. bukan senang nak jadik senang kan.. so, aku bangga sangat ada adik cam kau yang sangat tabah dan tidak pernah putus asa dalam perjuangan. aku doakan masa depan yang sentiasa cemerlang dan bahagia di hadapan kau. InSyAllah. Amin..
ahad lepas adalah hari yang bersejarah utk kami sekeluarga. walaupun ada sedikit kehampehan pada hari tu, tapi yang penting semuanya berjalan lancar. bak kata faiz.. takperlah.. kalau tak nanti takder citer...
start dari hari jumaat tu kitaorang se family dah der aktiviti. pak ngah ngan pak uda sampai lebih kurang dalam kol 2 pagi. aku punya lah excited nak tgk iman and dea. tapi diaorang dah tertdur kepenatan. derang sampai2 jer kitaorang pun trus start aktiviti meng"kopi2" dan menge"teh". pastu bila pak uda sampai makin rancak la. time tu memang tak mengantuk.. memang sedap berbual.. . kol 4 pagi baru tido. bangun pagi memang bengkak mata. rasa cam nak letak batang mancis tahan kelopak mata. ngantukk giler..
dari bangun pagi sabtu tu kitaorang dah melepak kat dapur. orang lelaki cam biasala. ada aktiviti menukang ngan abah.... yang pompuan2 ni aktiviti berborak, masak, makan, test baju raya and plan aktiviti sebelum raya. hehehe.. memang best. budak2 plk aktiviti lepas geram main game dan tengok tv. oleh sebab ari sabtu tu ujan, so tak kemana lah kitaorang. kol 2 petang barulah ujan betul2 reda.. bagus gak ujan aritu. jadiknyer takderlah kitaorang merayap. aku ngan mak uda dah plan2 nak g usha koleksi baju raya kat kota. tapi boss dia ngantuk plak. so, rancangan ditunda. kol 5 lebih baru gerak dari umah. singgah kota japp usha baju raya ngan brooch mak uda. tgh sibuk kitaorg belek2 baju (ceh,... sibuk sangat la kunun) pak uda call sbb dah nak gerak. hehe... aku dengar dia dah membebel kat ctu. sorry pak uda. ai bukan apa... ai dah lama tak shopping ngan akak2 ipar ai la....
dinner time kat senibong memang best. makanan sedap, environment happy, banyak shoot photos dan dpat berkenalan ngan cik syafura hermawati. hie sya... selamat berkenalan. akak panggil kau fura jer la k. bole?
ari ahad penat cket. sebab time tido dah tak baper betul dalam 2 hari tu, so resultnyer pagi ahad tu pergerakan lmbt cket. yg paling panic sebab faiz dah kuar dewan tapi kitaorng tak gerak lagik. sorry iz... lain kali kami tak buat lagik..
sayu aku tgk faiz pakai jubah graduation dia. oh terharu nyer aku rasa bila aku tengok adik aku dah berjaya dalam hidup dia. tahniah sekali lagik. aku tau pengorbanan kau utk masa depan kau sgt besar. mungkin ada kesusahan yang kau rasa kau hadapi dan tanggung sendirian, tapi percayalah.. walau tak nampak, tapi sebenarnya doa kami semua sentiasa mengiringi kau. ujian dan cubaan itu lumrah... setiap orang nasibnya berbeza. apa yang kita ada tu, kita syukuri lah.. insyAllah, bila kita bersyukur dan tak mengeluh, kita akan faham nikmat dan hikmah disebalik setiap dugaan tu. dan bila kita bersyukur, Allah akan lipat gandakan ganjaran untuk kita..
favorite time aku sepanjang 2 hari tu adalah time picnic tepi tasik lepas majlis. bagus gak faiz kena sesi pagi. psni turn pak uda plak kay... :)

Thursday, August 6, 2009

oh 3 Kids... how i miss U all..

gambar masa g redhill 2007

rindunyer aku ngan dea nabilla, iman and alif iskandar. padahal aku baru jer jumper ngan derang bulan 6 aritu. itulah, kalau anak sedara duduk jauh ni, rasa sayang and rindu tu lebih sket. kalau depan mata mebi yang aku nampak kenakalan derang jer la kut? huhu...
biasala, budak2.. nakal sket2 tu biasalah... aku pun pernah jadik budak nakal dulu??
mana der.. aku baik forever... haha... iyalah tu...

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day Utk Abah :)

abah dan emak

Selamat Hari Bapa untuk Abah. hanya hadiah sederhana, ucapan dan doa dariku untuk abah. Semoga abah bahagia, sihat dan ceria selalu. Terima kasih abah kerana telah membesarkan aku. Segala susah payah dan keperitan masa lalu yang dilalui oleh mu untuk membesarkan ku hanya mampu ku balas dengan selalu berusaha untuk menjadi anak yang berbakti dan berkhidmat untuk orang tuanya selalu. InsyaAllah. Abah dan Emak adalah harta paling berharga didalam hidup ku.

Juga selamat Hari Bapa Untuk My elder brothers. Pak Ngah and Pak Uda. Semoga Happy Selalu :). Nanti kalau korang balik kg, aku belanja coklat brely kay.