Saturday, November 28, 2009

Salahudin Ayubi (Penakluk Jerusalem) - Abdul Latip Talib



kat kulit buku ditulis buku ni sebagai novel sejarah islam. dan memang padat dengan catatan sejarah perjalanan pelebaran empayar oleh Sultan Salahahudin Al Ayubi. dari zaman anak2 sehingga menjadi seorang Sultan yang disegani serta mencatat sejarah gemilang sebagai seorang yang menyatukan masyarakat islam. karakter Salahudin Al Ayubi adalah seorang yang beriman, tegas, berdisiplin tinggi, bijak dan seorang pemimpin yang terbuka didalam menerima pandangan daripada orang lain. waktu baca buku ni aku rasa terlalu byk sgt2 karakter positif yg ada dlm diri Salahudin. kalau nak dicatat semuanya kat sini memang berjela2. jd aku rasa akan lebih bermakna kalau sendiri baca dan sendiri nilai,. dalam buku ni ditunjukkan yang didalam hati Salahudin tiada langsung hal yang berkaitan dengan keduniaan. dia seorang yang sangat warak dan zuhud. cerita dlm buku ni fokus ttg kisah dan strategi peperangan Salahudin untuk menakluk kota jerusalem. sebelum2 ni ada banyak catatan ttg Salahudin Al Ayubi yang aku pernah baca dan dengar. yg plg sll dgr skang ni kat radio IKIM.fm la kan..
Sultan Salahudin al Ayubi berperang mengikut etika, teknik dan helah peperangan yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W. setiap peperangan yang disertai oleh Salahudin selalu berakhir dengan kemenangan. lebih hebat lagi apabila ada penaklukan yang dilakukan tanpa melibatkan pertumpahan darah. memang hebat.



jd terserlah lah, kesatria2 tentera salib tak lah sehebat mana. tentera Islam lebih unggul. tentera salib nie cuma licik dan pandai mengambil peluang didalam kekalutan. Tentera Islam lah yang mempunyai kekuatan sejati, sebab Salahudin menerapkan semangat jihad yang tinggi didalam jiwa setiap tentera nya. Kata Salahudin Al Ayubi "kita berperang ikut cara Rasulullah tetapi mereka berperang ikut cara syaitan" itulah beza moral diantara tentera Islam dan tentera salid waktu itu.



Sultan Salahudin Al Ayubi adalah pemimpin yang telah berjaya membawa tentera islam untuk menakluk kembali kota Jerusalem. Baitul Maqdis kembali kepada umat islam pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 15 Oktober 1187. Sultan Salahudin memerintahkan tentera Islam untuk memberikan layanan yang baik kepada tawanan. tidak seorang pun penduduk Kristian di kota Jerusalem yang dibunuh atau dianiayai. mereka yang ingin meninggalkan kota Jerusalem dibenarkan untuk pergi setelah membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.
Sultan Salahudin meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan telah dikebumikan di Damsyik, Syria.

No comments: