Monday, September 10, 2012

Raya Johor 2012

raya ke 2 kami mulakan perjalanan balik ke johor, nak beraya bersama keluarga di lok heng pulak. begitulah kalau dah berkeluarga kan... kenalah bagikan masa........
dam dam dum... bunyi mercun...


bersantai di tanjung balau

mamam icecream
bowling plak...
penutup : mamam pizza :)


Raya NS 2012

1 Syawal

Ziarah makam atuk dan nenek. Semoga mereka ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. Amin.




Alor Gajah, bersama keluarga pak usu.
update gambar raya la kan.. sambil story sikit2... tahun ni raya pertama di Negeri Sembilan. Raya simple jer. sebab orang tua dah tak ada.. menu raya pun simple. kuih raya lagilah simple. kerepek dan kacang2 jer... cuti mula awal, tu yang best tu.. 2 malam sebelum raya sempat g shopping kat bandar baru serting.. orang punyalah ramai.. memang meriah. hari mantai plak kami mengemas kawasan umah sikit2. bagi ceria suasana nak beraya. raya pertama di lui timur. lepas solat aidilfitri, beraya rumah jiran2 dan lepas tu pergi ke alor gajah. beraya bersama keluarga busu ami. 
sesi mengemas umah sebelum raya.... mantai.....

suasana dihari raya..lalala... beraya di rumah jiran2..



berbuka di KFC

tq ayah sbb tolong snapkan pic... hehehehee....
siap sedia...

Friday, August 17, 2012

beberapa hari sebelum raya...

arini ari jumaat. semalam ari khamis. aku dah start cuti dari semalam lagi. punyalah syok nak raya. ari rabu tu dapat balik awal. kol 1 dah tiba umah. wah wah wah.. punyalah seronok nak raya.... semalam berkemas sikit2 barang nak bawak balik kampung. dengan tunggang langgangnyer nak packing barang, anak plak sibuk nak main sabun. geram sungguh hati ni. tapi dia budak kecikkan... bukan nyer tau apa pun.. terpaksalah banyak2 bersabar. dlm pada sibuk berkemas tu sempat lagi tgk citer kat tv. citer thailand "superstar"... hehehe.. pastu sambung mengemas lagi sampailah kol 2 lebih. bila dah nak dekat kol 3 tu... tunggu la kejap kat depan tv tu sebab nk tengok citer "mara clara" plak.. hahaha... camni punyer stail pun ada ka... dah siap mengemas tu kami pun berangkat la balik ke kampung. sempat lagi singgah kat bahau beli camera digital. nak shoot gambar raya ni. belilah camera biasa2 jer dulu. nak beli dslr tak mampu. pastu singgah plak kat bazaar ramadhan bandar baru serting. beli lauk untuk berbuka puasa dan sempat beli sim kad baru. nak masuk dalam telefon sony ericsson yang lama tu. tapi, bila sampai rumah tak jumpa plak tipon tu.. mana plak dah..
sorry ar.. gambar terbalik plak..
tiba jer kat umah masak nasi, mandikan anak dan tungguh waktu berbuka. ammar asyraf sempat tido dalam keta. jadi dapatlah ibu tolong ayah angkat barang cket jer... ayah ngan pakteh dan pakcik setting pasang pelita raya dan lampu kelap kelip. meriahnyer....
tgh bli sim kad. macam2 sim kad ada.
tahun nie ada pelita raya.. :)

Tuesday, August 7, 2012

Bazar Ramadhan

Bazar ramadhan kat batu kikir memang best. macam2 makanan ada. itu ada, ini ada... banyak pilihan  setakat ni kalau beli mesti sedap. tak pernah lagi beli kat batu kikir dapat yang tak sedap. tapi kalau beli kat tempat lain mesti ada kekurangan. masa kami pergi bazar kat tempat lain, beli cendol 2 paket. tapi rasa macam santan dah tak berapa nak elok. hm.. tak tau la pasal apa jadi macam tu. adik ipar ku beli ayam rangka pun rasa pahit. mebi ayam dah lama kut?? ntah la.. wahai peniaga.. jujur dan ikhlas lah waktu menjual.. semoga rezeki anda semakin makmur. aku kalau boleh malas nak pergi bazar ramadhan. sebab aku susah nak control duit. semua aku nak beli. tapi kadang tu takder idea nak masak apa, kadang2 tak sempat, kadang2 plak kaki ni gatal nak berjalan kat bazar. setakat ni, aku dah perasan, bila pergi bazar ramadhan pun kadang2 aku tak tahu nak makan apa. punyalah banyak makanan yang orang jual... balik2 mesti aku beli benda yang sama. murtabak dan roti john.. mebi masa berjalan tu tgk makanan tu macam sedap. semalam kami pergi bazar ramadhan kat batu kikir.. sebelum turun kereta aku dah cakap ngan suami nak beli makanan dibawah harga RM10jer. laki ku gelak. manalah dapat beli barang RM10 sekarang nie. so, up sikit budget jadik RM20. alhamdulillah, hasrat tu tercapai. aku cuma belanja RM19.50 jer. baki lagi 50sen tu pulang balik kat cik abang. heheheh.. time kasih abang... :) moralnyer.. masak sendiri lagi bagus.

iftar ramadhan

menu utk berbuka puasa... sotong goreng tepung, udang goreng tepung, ikan tiga rasa, kangkung ikan masin, tom yam, sambal sotong, air tembikai dan air laici.. sodap..
mak suka berposing.. anak wat tak tau jer..

cik abang dan pak teh. muka gembira jer. tgh tahan lapar tu.. dah terliur nampak air tembikai kan.. hehehehe...
asyraf tgh layan perasaan. org sibuk nak berbuka dia sibuk main cawan dgn mangkuk. alahai anak... anak....
hari sabtu lepas, kami sekeluarga berjalan2 sakan di seremban. dari pasaraya ke pasaraya. beramai2.. cik abang jadi kepala keretapi. penatnyer meronda.. macam nak tercabut kaki....  tak bawak stroller anak plak tu.. lenguh jugak la nak mendukung si kecik tu.. tapi nak wat camana... aku lah ibu mithali.. dari parkson ke jusco. dah boring duduk kat pasaraya, kami pun keluar utk carik tempat berbuka plak.. apa yer nama tempat tu.. aku tak confirm sangat. sebab masa dlm perjalanan tu sempat terlelap. sedar2 dah sampai and cik abang tgh wat reservation dengan pakcik and pakteh. rasaya nama tempat tu man tom yam kut.. sementara tunggu waktu berbuka tu kami tunggu la di masjid sambil tunaikan solat asar. asyraf bukan main suka dapt duduk kat masjid tu. semua dia nak explore. cuit itu cuit ini pegang itu pegang ini.. siap tarik besi selak grill masjid tu. sib baik tak terjatuh kat atas kepala dia. masyaAllah.. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi anakku. satu pengajaran jugak utk aku tu. tak boleh leka waktu anak sibuk main. budak kecik dlm umur2 macam tu memang kena selalu diperhatikan. tak boleh leka. jadi, lepas ni berhati2 lah ya wahai diri sendiri..

Friday, August 3, 2012

baru lagi

sukanya kalau balik kerja tu, nampak ada sampul surat. maknanya dapat sample la tu... klu tak ada sampul surat rasa macam hari tu tak ceria jer.. hehehehe.. boleh gitu? :)
byk tak?
kli ni dapat
- baby love grow pants (2 pieces)
- susu nestle mom n me
- libressee
- tissue kleenex soft pack
comel2nyer sample kali nie.. best plak hobi baru nie... pasnie apa freebies sample yg ada sumer aku nak register..