Monday, August 17, 2009

Tahniah Faiz


first of all.. tahniah kepada faiz. tahniah diatas segulung ijazah yang cemerlang dan bermakna itu. kejayaan kau adalah kejayaan kami juga dan kebanggaan kau juga adalah kebanggaan kami semua. bukan senang nak jadik senang kan.. so, aku bangga sangat ada adik cam kau yang sangat tabah dan tidak pernah putus asa dalam perjuangan. aku doakan masa depan yang sentiasa cemerlang dan bahagia di hadapan kau. InSyAllah. Amin..
ahad lepas adalah hari yang bersejarah utk kami sekeluarga. walaupun ada sedikit kehampehan pada hari tu, tapi yang penting semuanya berjalan lancar. bak kata faiz.. takperlah.. kalau tak nanti takder citer...
start dari hari jumaat tu kitaorang se family dah der aktiviti. pak ngah ngan pak uda sampai lebih kurang dalam kol 2 pagi. aku punya lah excited nak tgk iman and dea. tapi diaorang dah tertdur kepenatan. derang sampai2 jer kitaorang pun trus start aktiviti meng"kopi2" dan menge"teh". pastu bila pak uda sampai makin rancak la. time tu memang tak mengantuk.. memang sedap berbual.. . kol 4 pagi baru tido. bangun pagi memang bengkak mata. rasa cam nak letak batang mancis tahan kelopak mata. ngantukk giler..
dari bangun pagi sabtu tu kitaorang dah melepak kat dapur. orang lelaki cam biasala. ada aktiviti menukang ngan abah.... yang pompuan2 ni aktiviti berborak, masak, makan, test baju raya and plan aktiviti sebelum raya. hehehe.. memang best. budak2 plk aktiviti lepas geram main game dan tengok tv. oleh sebab ari sabtu tu ujan, so tak kemana lah kitaorang. kol 2 petang barulah ujan betul2 reda.. bagus gak ujan aritu. jadiknyer takderlah kitaorang merayap. aku ngan mak uda dah plan2 nak g usha koleksi baju raya kat kota. tapi boss dia ngantuk plak. so, rancangan ditunda. kol 5 lebih baru gerak dari umah. singgah kota japp usha baju raya ngan brooch mak uda. tgh sibuk kitaorg belek2 baju (ceh,... sibuk sangat la kunun) pak uda call sbb dah nak gerak. hehe... aku dengar dia dah membebel kat ctu. sorry pak uda. ai bukan apa... ai dah lama tak shopping ngan akak2 ipar ai la....
dinner time kat senibong memang best. makanan sedap, environment happy, banyak shoot photos dan dpat berkenalan ngan cik syafura hermawati. hie sya... selamat berkenalan. akak panggil kau fura jer la k. bole?
ari ahad penat cket. sebab time tido dah tak baper betul dalam 2 hari tu, so resultnyer pagi ahad tu pergerakan lmbt cket. yg paling panic sebab faiz dah kuar dewan tapi kitaorng tak gerak lagik. sorry iz... lain kali kami tak buat lagik..
sayu aku tgk faiz pakai jubah graduation dia. oh terharu nyer aku rasa bila aku tengok adik aku dah berjaya dalam hidup dia. tahniah sekali lagik. aku tau pengorbanan kau utk masa depan kau sgt besar. mungkin ada kesusahan yang kau rasa kau hadapi dan tanggung sendirian, tapi percayalah.. walau tak nampak, tapi sebenarnya doa kami semua sentiasa mengiringi kau. ujian dan cubaan itu lumrah... setiap orang nasibnya berbeza. apa yang kita ada tu, kita syukuri lah.. insyAllah, bila kita bersyukur dan tak mengeluh, kita akan faham nikmat dan hikmah disebalik setiap dugaan tu. dan bila kita bersyukur, Allah akan lipat gandakan ganjaran untuk kita..
favorite time aku sepanjang 2 hari tu adalah time picnic tepi tasik lepas majlis. bagus gak faiz kena sesi pagi. psni turn pak uda plak kay... :)

No comments: