Tuesday, August 7, 2012

Bazar Ramadhan

Bazar ramadhan kat batu kikir memang best. macam2 makanan ada. itu ada, ini ada... banyak pilihan  setakat ni kalau beli mesti sedap. tak pernah lagi beli kat batu kikir dapat yang tak sedap. tapi kalau beli kat tempat lain mesti ada kekurangan. masa kami pergi bazar kat tempat lain, beli cendol 2 paket. tapi rasa macam santan dah tak berapa nak elok. hm.. tak tau la pasal apa jadi macam tu. adik ipar ku beli ayam rangka pun rasa pahit. mebi ayam dah lama kut?? ntah la.. wahai peniaga.. jujur dan ikhlas lah waktu menjual.. semoga rezeki anda semakin makmur. aku kalau boleh malas nak pergi bazar ramadhan. sebab aku susah nak control duit. semua aku nak beli. tapi kadang tu takder idea nak masak apa, kadang2 tak sempat, kadang2 plak kaki ni gatal nak berjalan kat bazar. setakat ni, aku dah perasan, bila pergi bazar ramadhan pun kadang2 aku tak tahu nak makan apa. punyalah banyak makanan yang orang jual... balik2 mesti aku beli benda yang sama. murtabak dan roti john.. mebi masa berjalan tu tgk makanan tu macam sedap. semalam kami pergi bazar ramadhan kat batu kikir.. sebelum turun kereta aku dah cakap ngan suami nak beli makanan dibawah harga RM10jer. laki ku gelak. manalah dapat beli barang RM10 sekarang nie. so, up sikit budget jadik RM20. alhamdulillah, hasrat tu tercapai. aku cuma belanja RM19.50 jer. baki lagi 50sen tu pulang balik kat cik abang. heheheh.. time kasih abang... :) moralnyer.. masak sendiri lagi bagus.

1 comment:

syafisyifa' said...

Assalamualaikum...selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat cik ekin, suami dan anak...dari pejah sekeluarga