Monday, July 2, 2012

Hujan

dalam perjalanan nak balik dari aktiviti ko-ku minggu lepas terasa ada rintik2 hujan. tapi, tak ambil kisah pun. tapi bila tiba jer kat kawasan serting tengah tu hujan dah mula lebat. dan terus lebat seterusnya ribut. dalam hati ni dah ada rasa takut dan berdebar2 sangat. lebih2 lagi bila dengar bunyi ribut tu kuat. kereta kenari kat depan aku tu pun agaknya rasa tak sedap hati kut. dia berhenti parking tepi jalan. tak sanggup nak jalan terus agaknya. jarak pandangan memang terhad. nampak tak nampak jer bawak keta tu, tapi aku kuatkan jgk semangat nak teruskan drive keta. walaupun ada pokok tumbang dan ranting2 bersepah di tengah jalan. dalam hati ni, berdoa supaya Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan ku. kat mata ni dah terbayang muka anak... bila sesekali diuji dengan fenomena alam macam tu rasa betapa hebatnya kuasa Allah. Subhanallah... pada Dia sahajalah kita memohon perlindungan..
pokok kiri kanan tu macam nak tercabut jer akar dia...