berlalulah cuti dua minggu sudah... dah naik sekolah balik.... tapi, hari isnin minggu depan cuti... sempena israk mikraj.... mood cuti masih menguasai hari pertama persekolahan. hari pertama tu aku waswas sekolah ker tidak... sebab jalan lengang jer... aku yang terawal atau terlambat pergi sekolah??? anak murid kat sekolah hari ni ceria jer... mungkin dah lama bercuti dan excited tak sabar nak jumpa dengan kawan2..
oh ya.. sebelum cuti aritu aku ada mintak pindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah... sekolah sekarang ni tak la jauh mana. lebih kurang dalam 35-40 minit perjalanan la... kalau banyak keta lambat la tiba.. harap2 dapat tukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah. boleh la balik rumah refresh and tukar baju ker apa kalau ada program petang. tapi, tak ada rezeki lagi. tak dapat pulak berpindah. bila bukak laman web eg-tukar tu, keputusannya adalah tidak diluluskan.. aku masih kekal dengan SK Gelang Terusan. tak apalah, aku redha. mungkin anak murid kat sini masih perlu bimbingan dari ku.. mungkin jugak kalau pindah sekarang ni bukan masa yang terbaik untuk kerjaya ku. sabarlah ya.. rezeki tu ada. yang penting kena usaha lagi. mintak tukar hujung tahun nanti pulak :)...
No comments:
Post a Comment